1/04/2011

ANDAI INI MERUPAKAN HARI TERAKHIR KU!!

Buat Sahabat saya, sila baca dan fahami dengan betul ye!!!

Buat Sahabat yang saya rindui selama ini, andai satu hari nanti Allah memanggil saya untuk tinggal BERSAMANYA, cuma satu yang saya pinta, supaya bila saya sudah tinggalkan dunia ini, saya mohon sangat-sangat kat awak supaya awak datang jenguk saya, walaupun time tu saya sudah kaku.. 
Saya juga mohon sangat-sangat kat awak, andai satu hari awak jumpa saya tanpa dapat melihat tawa saya, saya harap awak jangan sedih ya! 
Saya nak awak tahu yang saya sangat sayangkn awak dan saya memang sedih bila  kita berpisah. tapi saya bangga jadi kawan awak selama ini. Awak memang kawan saya dunia dan akhirat. 
Nanti bila awak datang jumpa saya tu, awak jangan nangis tau! sebab saya tak suka tengok orang yang saya sayang menangis depan saya.. Saya sayang awak sangat-sangat, bertapa sayangnya saya dekat awak sampai saya sanggup hidup bersendirian tanpa awak. 
Tapi, saya berharap dan saya BERDOA supaya ALLAH tak biarkan awak keseorangan macam mana saya hadapi sebelum ni, saya mohon pada Allah supaya DIA beri awak sahabat yang mampu 
menggantikan ssya sebagai kawan awak!!!
Saya betul-betul rindukan awak. Ni last yang saya pinta daripada awak, saya harap awak tak padam segala KENANGAN kita bersama ye!! Harap dengan kenangan yang saya beri kat awak, awak tak buang jauh dari fikiran awak.. Saya sedih sangat bila lihat awak bergembira dengan orang baru, tapi dalam hati saya, saya gembira bila Allah dah makbulkan doa saya Supaya kirimkan Awak seramai mungkin SAHABAT yang mampu menjaga awak bila saya tak ada nanti.. 
Awak kena ingat ye, yang saya SAYANG awak sangat-sangat,, saya tak mampu tersenyum jika saya tahu awak bersedih.. Awak  Ingat ye PESAN saya ni, ni je yang mampu saya pinta dari awak yang pernah bergelar SAHABAT saya. 
                      
                      Ikhlas Daripada NUR HAWA AMIRA BT IBRAHIM.

BUAT KELUARGA YANG MIRA SAYANG!!

Ibu dan ayah, andai umur kita tak panjang, mira tinggalkan pesan ni kat ibu dan ayah tau. Ibu tolong pastikan yang SAHABAT kita ni datang tau, dan ibu pastikan supaya air mata dia tak tumpah, sebab kita tak sanggup lihat orang yang kita sayang tumpahkan air mata dia.. 
Ibu, kita nak minta maaf kat ibu, jika selama ini, kita dah banyak kali menyusahkan ibu dan ayah, terima kasih untuk segalanya, halalkan Air susu yang ibu bagi kat kita sepanjang proses pembesaran sehinggalah kita menjadi anak yang telah menjejakkan kaki ke MENARA GADING. 
Maaf andai kita tidak sempat untuk membalas jasa ibu dan ayah dan mengubah nasib keluarga kita.
Kita nak ibu dan ayah tahu yang kita sayang sangat dekat ibu dan ayah, kita bangga jadi anak ibu dan ayah. Bangga menjadi ADIK kepada abang-abang kita, dan bangga menjadi KAKAK kepada adik..
Nanti bila tiba masanya, tolong jangan MENANGIS ye!! Ibu, Ayah, serta Adik-Beradik ku, kena ingat ye pesan kita ni.. KELUARGA mira mesti KUAT!!
Buat angah, jangan nagis tau, kita kan geng, anagh jaga kila ye!! Jangan risau kita tak ambil hati pun pasal hal-hal mendajal kita.. kita sayang semua!!!
Kalau Mira pergi dulu awal daripada semua tolong maafkan kita ya! kita tak nak, MATI tanpa MAAF daripada semua orang!!

**Andai ini merupakan salam terakhir ku buat kalian, ketahuilah bahawa Saya SANGAT SAYANG DEKAT KAMU SEMUA, KAMULAH SEMBER INSPIRASI BUAT SAYA!! SAYA SAYANG KAMU!!!


No comments:

Post a Comment